Monday 26 November 2012

Sotong Masak Cili Kering

Hari ini Umi buatkan menu sotong untuk anak-anak. Menu ni ringkas dan mudah disediakan. Yang pasti anak-anak suka.... hehehe.....Terima kasih yummies kerana sudi berkongsi resepi ni. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan :
Beberapa ekor sotong - dibersihkan dan tos
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 biji cili kering
1 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar - dihiris kasar
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya :
  1. Lapkan sotong dengan tisu dapur dan potong kecil. Gaul sotong dengan kunyit dan garam
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak agak panas, goreng cili kering hingga agak kehitaman. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong tadi. Goreng sebentar.
  4. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kemudian, masukkan cili kering dan bawang besar. Teruskan memasak hingga bawang menjadi agak layu. Siap. Hidang.

No comments:

Post a Comment