Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Thursday, 22 November 2012

Puteri Ayu


Hari ni Umi buatkan sarapan kuih Puteri Ayu untuk anak-anak Umi bagi memenuhi permintaan Hazim yang minta buatkan kuih warna hijau... Warna kegemarannya... Hijau je memanjang anak bertuah sorang ni... Umi buatkan kuih ni sebelum bersiap pergi kerja. Untuk resepi ni Umi rujuk pada myresipi dan Kak Yatie..  

Bahan-bahan (36 ketul)
4 biji telur gred A
250 gram tepung gandum
300 gram gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Perwarna hijau
2 camca teh paste pandan

2 cawan kelapa parut putih*
1 sudu besar tepung ubi*
1/2 sudu kecil garam*
--- Satukan bahan-bahan bertanda * dan gaul sebati

Cara-caranya :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur, gula dan ovallate hingga betul-betul kembang dan gebu.
  3. Sementara itu, ayak tepung bersama baking powder. Masukkan tepung berselang seli dengan santan.
  4. Kemudian, masukkan paste pandan dan pewarna. Kacau lagi sehingga sebati.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan
  6. Masukkan adunan dan kukus lebih kurang 15 minit dengan api sederhana.

Sunday, 18 November 2012

Donut Kentang

Resepi ni Umi cuba petang semalam. Memang lembut dan gebu. Anak-anak dan suami Umi pun suka makan... Terima kasih pada Kak Nor kerana sudi berkongsi resepi ini...


resepi asal : Kak.Nor@SecubitGaram
olahan : Umi@PermataUmi

Bahan-bahan :-
320 gram tepung gandum
2 sudu kecil yis segera (mauripan)
60 gram gula perang
180 gm kentang rebus
1 biji telur gred A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar butter

minyak untuk menggoreng
gula aising secukupnya

Cara-caranya :
  1. Lenyekkan kentang yang direbus tadi sehingga halus. Ketepikan
  2. Masukkan tepung, yis, gula dan kentang. Gaul sebati.
  3. Masukkan pula telur, garam, butter dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit), gaul hingga membentuk sebiji doh yang lembut dan tak melekat pada mangkuk.
  4. Tutup mangkuk dengan tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
  5. Selepas itu, tumbuk-tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.
  6. Ambil sedikit adunan dan bulatkan. Letakkan atas papan pencanai yang ditaburkan sedit tepung dan tekan-tekan hingga sedikit leper.
  7. Tekapkan adunan tadi dengan acuan penerap donut. Ulang cara no. 6 dan 7 sehingga habis adunan.
  8. Rehatkan doh yang dibentuk lebih kurang 20-30 minit.
  9. Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng donut hingga masak.
  10. Angkat dan toskan.
  11. Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dengan gula aising.

Thursday, 15 November 2012

Karipap Daging Rangup



Bahan-bahan :
sumber : myresipi (nasuha1523)

Bahan Inti :
500 gm kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang

Tumbuk Lumat :
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu besar jintan manis

Bahan-bahan lain :
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar minyak
1/2 batang besar kulit kayu manis
2 sudu teh gula / secukup rasa
1 sudu teh garam / secukup rasa
350 ml

Cara-cara Penyediaan Inti :
  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal
  2. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
  3. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Bahan-bahan Doh :
500 gram tepung gandum - diayak
1/2 sudu besar garam
94 gram lepa susu @ marjerin - Umi guna butter
1 biji telur
1/2 cawan ais  - skip
250 ml air - Umi guna sediakan 300ml air ais + garam dan kacau

Cara-cara Penyediaan Doh :
  1. Masukkan tepung dalam mangkuk
  2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dengan telur hingga menjadi serbuk roti. Panaskan mentega di atas api kecil hingga berbuih dan tuang rata-rata atas tepung tadi
  3. Gaul lagi hingga menjadi serbuk roti - guna hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air sejuk bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Keperluan air mengikut jenis tepung. Rehat adunan selama 1 jam.
  4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian (setipa bahagian menghasilkan lebih kurang 25 biji karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. Gulung ketat-ketat  dan golek hingga menjadi selinder.
  5. Potong gulungan selinder tadi hingga mendapat 20-25 ketul. Canai nipis setiap satu ketul dan isikan dengan 1 sudu besar inti. Tutup dan kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
  6. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul shingga habis
  7. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Toskan atas kertas dapur dan hidangkan.
*** Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi atau kedua-duanya (nisbah 1/2 : 1/2).
*** Doh boleh disimpan beku dengan membalut plastik. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal
*** Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastik agar tidak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastikk dan letak dalam fridge semula.

Tuesday, 13 November 2012

Cucur Jawa



Bahan-bahan :
sumber : Resepi Bonda

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
Minyak

Cara-caranya :
  1. Campurkan semua bahan dan gaul rata.
  2. Peramkan bahan-bahan ini sekurang-kurangnya 4 jam.
  3. Panaskan sedikit minyak
  4. Bila minyak dah panaskan, sendukkan 1 adunan tepung ke dalam minyak panas dan goreng sehingga masak