Resepi ni Umi cuba petang semalam. Memang lembut dan gebu. Anak-anak dan suami Umi pun suka makan... Terima kasih pada Kak Nor kerana sudi berkongsi resepi ini...
Bahan-bahan :-
320 gram tepung gandum
2 sudu kecil yis segera (mauripan)
60 gram gula perang
180 gm kentang rebus
1 biji telur gred A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar butter
minyak untuk menggoreng
gula aising secukupnya
Cara-caranya :
- Lenyekkan kentang yang direbus tadi sehingga halus. Ketepikan
- Masukkan tepung, yis, gula dan kentang. Gaul sebati.
- Masukkan pula telur, garam, butter dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit), gaul hingga membentuk sebiji doh yang lembut dan tak melekat pada mangkuk.
- Tutup mangkuk dengan tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
- Selepas itu, tumbuk-tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.
- Ambil sedikit adunan dan bulatkan. Letakkan atas papan pencanai yang ditaburkan sedit tepung dan tekan-tekan hingga sedikit leper.
- Tekapkan adunan tadi dengan acuan penerap donut. Ulang cara no. 6 dan 7 sehingga habis adunan.
- Rehatkan doh yang dibentuk lebih kurang 20-30 minit.
- Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng donut hingga masak.
- Angkat dan toskan.
- Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dengan gula aising.
No comments:
Post a Comment