Showing posts with label Kukus. Show all posts
Showing posts with label Kukus. Show all posts

Thursday, 22 November 2012

Puteri Ayu


Hari ni Umi buatkan sarapan kuih Puteri Ayu untuk anak-anak Umi bagi memenuhi permintaan Hazim yang minta buatkan kuih warna hijau... Warna kegemarannya... Hijau je memanjang anak bertuah sorang ni... Umi buatkan kuih ni sebelum bersiap pergi kerja. Untuk resepi ni Umi rujuk pada myresipi dan Kak Yatie..  

Bahan-bahan (36 ketul)
4 biji telur gred A
250 gram tepung gandum
300 gram gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Perwarna hijau
2 camca teh paste pandan

2 cawan kelapa parut putih*
1 sudu besar tepung ubi*
1/2 sudu kecil garam*
--- Satukan bahan-bahan bertanda * dan gaul sebati

Cara-caranya :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur, gula dan ovallate hingga betul-betul kembang dan gebu.
  3. Sementara itu, ayak tepung bersama baking powder. Masukkan tepung berselang seli dengan santan.
  4. Kemudian, masukkan paste pandan dan pewarna. Kacau lagi sehingga sebati.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan
  6. Masukkan adunan dan kukus lebih kurang 15 minit dengan api sederhana.

Monday, 5 November 2012

Ikan Siakap kukus



IKAN SIAKAP KUKUS
Sumber : Myresipi (CMG)

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih)
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi *
1 1/2 camca besar limau kasturi *
1 1/2 camca teh gula *
1/2 camca teh garam *
5 - 10 biji cili padi, dihiris *
2 batang serai, dihiris halus *
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris *
1 helai daun limau purut, dihiris halus *
1/2 inci halia muda, dihiris halus *
2 ulas bawang putih, dihiris halus *
1/2 camca teh tepung jagung *
1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis *


Cara-caranya :
  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*') hingga sebati. Ketepikan
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangka dengan nasi panas.
  4. Seelok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.