Tuesday 4 December 2012

Nasi Burung Puyuh

Pagi-pagi bangun terfikir apa nak masak untuk anak-anak makan tengahari nanti dengan menggunakan burung puyuh. Akhirnya setelah membelak-belak majalah SAJI Disember 2010 yang ada atas meja, ternampaklah nasi burung puyuh.... Bahan-bahan yang digunakan pun ada di dapur, Umi pun terus masak.... Umi masak dalam rice cooker terus, nak jimat masa. Gambar ni umi ambil sebelum pergi kerja...

Bahan-bahan :
4 ekor burung puyuh
5 cawan beras basmathi
5 cawan air
3 ulas bawang merah - dihiris halus
200 ml minyak jagung
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk garam

Bahan-bahan rempah
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Bahan-bahan rempah tumis :
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 buji buah pelaga

Cara penyediaannya :
  1. Basuh beras basmathi dan toskan
  2. Didihkan air dalam rice cooker.
  3. Sementara tu tumis bawang merah, bahan rempah dan bahan rempah tumis sehingga naik bau.
  4. Bila bahan tumis dah berbau, masukkannya bersama-sama serbuk kunyit dan garam ke dalam rice cooker dan biarkan mendidih.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan burung puyuh dan beras. Tanak sehingga masak.

No comments:

Post a Comment