Bahan-bahan :
sumber : myresipi (nasuha1523)
Bahan Inti :
500 gm kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang
Tumbuk Lumat :
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu besar jintan manis
Bahan-bahan lain :
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar minyak
1/2 batang besar kulit kayu manis
2 sudu teh gula / secukup rasa
1 sudu teh garam / secukup rasa
350 ml
Cara-cara Penyediaan Inti :
- Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal
- Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
- Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
Bahan-bahan Doh :
500 gram tepung gandum - diayak
1/2 sudu besar garam
94 gram lepa susu @ marjerin - Umi guna butter
1 biji telur
1/2 cawan ais - skip
250 ml air - Umi guna sediakan 300ml air ais + garam dan kacau
Cara-cara Penyediaan Doh :
- Masukkan tepung dalam mangkuk
- Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dengan telur hingga menjadi serbuk roti. Panaskan mentega di atas api kecil hingga berbuih dan tuang rata-rata atas tepung tadi
- Gaul lagi hingga menjadi serbuk roti - guna hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air sejuk bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Keperluan air mengikut jenis tepung. Rehat adunan selama 1 jam.
- Bahagikan doh kepada 2 bahagian (setipa bahagian menghasilkan lebih kurang 25 biji karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. Gulung ketat-ketat dan golek hingga menjadi selinder.
- Potong gulungan selinder tadi hingga mendapat 20-25 ketul. Canai nipis setiap satu ketul dan isikan dengan 1 sudu besar inti. Tutup dan kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
- Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul shingga habis
- Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Toskan atas kertas dapur dan hidangkan.
*** Doh boleh disimpan beku dengan membalut plastik. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal
*** Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastik agar tidak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastikk dan letak dalam fridge semula.
No comments:
Post a Comment