Sunday 18 November 2012

Donut Kentang

Resepi ni Umi cuba petang semalam. Memang lembut dan gebu. Anak-anak dan suami Umi pun suka makan... Terima kasih pada Kak Nor kerana sudi berkongsi resepi ini...


resepi asal : Kak.Nor@SecubitGaram
olahan : Umi@PermataUmi

Bahan-bahan :-
320 gram tepung gandum
2 sudu kecil yis segera (mauripan)
60 gram gula perang
180 gm kentang rebus
1 biji telur gred A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar butter

minyak untuk menggoreng
gula aising secukupnya

Cara-caranya :
  1. Lenyekkan kentang yang direbus tadi sehingga halus. Ketepikan
  2. Masukkan tepung, yis, gula dan kentang. Gaul sebati.
  3. Masukkan pula telur, garam, butter dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit), gaul hingga membentuk sebiji doh yang lembut dan tak melekat pada mangkuk.
  4. Tutup mangkuk dengan tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
  5. Selepas itu, tumbuk-tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.
  6. Ambil sedikit adunan dan bulatkan. Letakkan atas papan pencanai yang ditaburkan sedit tepung dan tekan-tekan hingga sedikit leper.
  7. Tekapkan adunan tadi dengan acuan penerap donut. Ulang cara no. 6 dan 7 sehingga habis adunan.
  8. Rehatkan doh yang dibentuk lebih kurang 20-30 minit.
  9. Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng donut hingga masak.
  10. Angkat dan toskan.
  11. Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dengan gula aising.

No comments:

Post a Comment