Monday 17 December 2012

Kari Telur Rebus

Ini adalah entri tertunggak Umi. Umi olah dengan cara umi sendiri menggunakan resepi dari Cendanakasih



Bahan-Bahan
Telur (direbus dan dibuang kulitnya)
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 sb serbuk kari ayam
1 sb serbuk cili
1/2 cawan santan
3 cawan air
1 kiub pati ayam - Umi tambah
1 biji kentang - Umi tambah
2 biji cili hijau
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk :
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis buah pelaga, bunga lawang dan bahan tumbuk sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk cili. Kacau rata sehingga naik bau.
  3. Seterusnya, masukkan santan cair, air pati ayam dan kentang. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan telur, cili hijau, garam dan gula secukup rasa.
  5. Biarkan kesemua bahan sebati dan bolehlah ditutup apinya.

Tuesday 11 December 2012

Gulai Ayam Lemak

Rindu rasanya dengan dunia blog.. Tapi apakan daya banyak yang perlu dibuat pada hujung tahun ni. Untuk melepaskan rindu Umi selitkan juga menu hidangan untuk anak yang Umi buat sebelum pergi kerja pagi tadi. Menu ni Umi ambil dari majalah SEDAP Bil. 40 dan Umi olah mengikut selera Umi. Jom kita lihat resepinya.


Bahan-bahan :
8 ketul paha ayam - Umi guna 1/2 ekor ayam
1/2 sudu teh serbuk kunyit - Umi guna 1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan minyak untuk menumis ayam - Umi guna lebih sebab Umi goreng ayam dulu
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 cm kayu manis
3 sudu makan pes tomato - Umi guna tomato puri
1/2 labu bawang besar, hiris 1/2 bulat  - Umi guna 1 labu bawang besar
1 biji tomato - potong 8 bahagian
500ml santan daripada 1/2 biji kelapa
garam secukup rasa

Bahan Kisar :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
8 biji cili kering

Cara Membuatnya :
  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar. Kacau rata.
  3. Tuang santan. Masak sambil dikacau sehingga mendidih
  4. Masukkan ayam, pes tomato dan garam. Kacau rata. Masak sehingga pekat
  5. Masukkan bawang besar dan tomato. Kacau sehingga layu.

Tuesday 4 December 2012

Nasi Burung Puyuh

Pagi-pagi bangun terfikir apa nak masak untuk anak-anak makan tengahari nanti dengan menggunakan burung puyuh. Akhirnya setelah membelak-belak majalah SAJI Disember 2010 yang ada atas meja, ternampaklah nasi burung puyuh.... Bahan-bahan yang digunakan pun ada di dapur, Umi pun terus masak.... Umi masak dalam rice cooker terus, nak jimat masa. Gambar ni umi ambil sebelum pergi kerja...

Bahan-bahan :
4 ekor burung puyuh
5 cawan beras basmathi
5 cawan air
3 ulas bawang merah - dihiris halus
200 ml minyak jagung
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk garam

Bahan-bahan rempah
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Bahan-bahan rempah tumis :
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 buji buah pelaga

Cara penyediaannya :
  1. Basuh beras basmathi dan toskan
  2. Didihkan air dalam rice cooker.
  3. Sementara tu tumis bawang merah, bahan rempah dan bahan rempah tumis sehingga naik bau.
  4. Bila bahan tumis dah berbau, masukkannya bersama-sama serbuk kunyit dan garam ke dalam rice cooker dan biarkan mendidih.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan burung puyuh dan beras. Tanak sehingga masak.

Monday 26 November 2012

Sotong Masak Cili Kering

Hari ini Umi buatkan menu sotong untuk anak-anak. Menu ni ringkas dan mudah disediakan. Yang pasti anak-anak suka.... hehehe.....Terima kasih yummies kerana sudi berkongsi resepi ni. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan :
Beberapa ekor sotong - dibersihkan dan tos
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 biji cili kering
1 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar - dihiris kasar
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya :
  1. Lapkan sotong dengan tisu dapur dan potong kecil. Gaul sotong dengan kunyit dan garam
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak agak panas, goreng cili kering hingga agak kehitaman. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong tadi. Goreng sebentar.
  4. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kemudian, masukkan cili kering dan bawang besar. Teruskan memasak hingga bawang menjadi agak layu. Siap. Hidang.

Thursday 22 November 2012

Puteri Ayu


Hari ni Umi buatkan sarapan kuih Puteri Ayu untuk anak-anak Umi bagi memenuhi permintaan Hazim yang minta buatkan kuih warna hijau... Warna kegemarannya... Hijau je memanjang anak bertuah sorang ni... Umi buatkan kuih ni sebelum bersiap pergi kerja. Untuk resepi ni Umi rujuk pada myresipi dan Kak Yatie..  

Bahan-bahan (36 ketul)
4 biji telur gred A
250 gram tepung gandum
300 gram gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Perwarna hijau
2 camca teh paste pandan

2 cawan kelapa parut putih*
1 sudu besar tepung ubi*
1/2 sudu kecil garam*
--- Satukan bahan-bahan bertanda * dan gaul sebati

Cara-caranya :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur, gula dan ovallate hingga betul-betul kembang dan gebu.
  3. Sementara itu, ayak tepung bersama baking powder. Masukkan tepung berselang seli dengan santan.
  4. Kemudian, masukkan paste pandan dan pewarna. Kacau lagi sehingga sebati.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan
  6. Masukkan adunan dan kukus lebih kurang 15 minit dengan api sederhana.

Monday 19 November 2012

Puding Roti Bakar



Bahan-bahan :
8-10 keping roti - Umi guna roti gardenia
500 ml susu segar / susu cair / campuran kedua-dua jenis susu
40 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega / marjerin
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit jem (apa-apa perisa) / mentega / marjerin - Umi guna jem blueberry
kismis

Cara-caranya :
  1. Ambil beberap keping roti dan sapu jem dipermukaannya kemudian susun di dasar bekas / loyang
  2. Lebihan roti yang tinggal, dikoyak-koyakan dan direndam ke dalam susu. Ketepikan
  3. Dalam satu bekas lain, masukkan mentega dan gula. Pukul sedikit dengan ballon whisk hingga sebati
  4. Masukkan esen vanilla dan kacau rata
  5. Masukkan telur dan pukul rata dengan ballon whisk tadi hingga sebati.
  6. Masukkan pula tepung jagung dan kacau rata
  7. Campurkan adunan mentega dengan adunan roti yang direndam di dalam susu tadi. Kacau rata.
  8. Masukkan pula kismis dalam adunan. Banyak mana kismis yang ingin digunakan bergantung pada kehendak masing-masing. Gaul rata.
  9. Tuang rata adunan ke atas roti yang disapu jem tadi. Taburkan sedikit kismis sebagai hiasan. Biarkan seketika (dalam 5 minit) supaya susu meresap ke dalam lapisan roti yang dibawah.

Sunday 18 November 2012

Donut Kentang

Resepi ni Umi cuba petang semalam. Memang lembut dan gebu. Anak-anak dan suami Umi pun suka makan... Terima kasih pada Kak Nor kerana sudi berkongsi resepi ini...


resepi asal : Kak.Nor@SecubitGaram
olahan : Umi@PermataUmi

Bahan-bahan :-
320 gram tepung gandum
2 sudu kecil yis segera (mauripan)
60 gram gula perang
180 gm kentang rebus
1 biji telur gred A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar butter

minyak untuk menggoreng
gula aising secukupnya

Cara-caranya :
  1. Lenyekkan kentang yang direbus tadi sehingga halus. Ketepikan
  2. Masukkan tepung, yis, gula dan kentang. Gaul sebati.
  3. Masukkan pula telur, garam, butter dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit), gaul hingga membentuk sebiji doh yang lembut dan tak melekat pada mangkuk.
  4. Tutup mangkuk dengan tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
  5. Selepas itu, tumbuk-tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.
  6. Ambil sedikit adunan dan bulatkan. Letakkan atas papan pencanai yang ditaburkan sedit tepung dan tekan-tekan hingga sedikit leper.
  7. Tekapkan adunan tadi dengan acuan penerap donut. Ulang cara no. 6 dan 7 sehingga habis adunan.
  8. Rehatkan doh yang dibentuk lebih kurang 20-30 minit.
  9. Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng donut hingga masak.
  10. Angkat dan toskan.
  11. Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dengan gula aising.

Thursday 15 November 2012

Karipap Daging Rangup



Bahan-bahan :
sumber : myresipi (nasuha1523)

Bahan Inti :
500 gm kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang

Tumbuk Lumat :
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu besar jintan manis

Bahan-bahan lain :
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar minyak
1/2 batang besar kulit kayu manis
2 sudu teh gula / secukup rasa
1 sudu teh garam / secukup rasa
350 ml

Cara-cara Penyediaan Inti :
  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal
  2. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
  3. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Bahan-bahan Doh :
500 gram tepung gandum - diayak
1/2 sudu besar garam
94 gram lepa susu @ marjerin - Umi guna butter
1 biji telur
1/2 cawan ais  - skip
250 ml air - Umi guna sediakan 300ml air ais + garam dan kacau

Cara-cara Penyediaan Doh :
  1. Masukkan tepung dalam mangkuk
  2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dengan telur hingga menjadi serbuk roti. Panaskan mentega di atas api kecil hingga berbuih dan tuang rata-rata atas tepung tadi
  3. Gaul lagi hingga menjadi serbuk roti - guna hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air sejuk bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Keperluan air mengikut jenis tepung. Rehat adunan selama 1 jam.
  4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian (setipa bahagian menghasilkan lebih kurang 25 biji karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. Gulung ketat-ketat  dan golek hingga menjadi selinder.
  5. Potong gulungan selinder tadi hingga mendapat 20-25 ketul. Canai nipis setiap satu ketul dan isikan dengan 1 sudu besar inti. Tutup dan kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
  6. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul shingga habis
  7. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Toskan atas kertas dapur dan hidangkan.
*** Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi atau kedua-duanya (nisbah 1/2 : 1/2).
*** Doh boleh disimpan beku dengan membalut plastik. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal
*** Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastik agar tidak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastikk dan letak dalam fridge semula.

Tuesday 13 November 2012

Cucur Jawa



Bahan-bahan :
sumber : Resepi Bonda

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
Minyak

Cara-caranya :
  1. Campurkan semua bahan dan gaul rata.
  2. Peramkan bahan-bahan ini sekurang-kurangnya 4 jam.
  3. Panaskan sedikit minyak
  4. Bila minyak dah panaskan, sendukkan 1 adunan tepung ke dalam minyak panas dan goreng sehingga masak

Sunday 11 November 2012

Tofu Telur Berkuah Sos Tiram




Bahan-bahan :
sumber : myresipi (cahayer)

2 tiub tofu telur
2 tsb sos tiram
2 tsb kicap pekat
1 kiub pati ayam - dihancurkan dan dicampurkan dengan 2 cawan air untuk dijadikan stok ayam
1 biji telur
3tsb air tepung jagung untuk pekatkan kuah
4 ulas bawang putih - dicincang


Cara-cara :
  1. Potong tofu telur dan goreng sehingga perang, ketepikan
  2. Panaskan 2 sudu minyak dan goreng bawang putih sehingga sedikit garing, terus masukkan stok ayam.
  3. Bila air dah mendidih, masukkan sos tiram, kicap pekat dan gaul rata. Kemudian masukkan telur dan kacau laju supaya telur tidak berketul.
  4. Bila telur dah masak, masukkan tofu telur dan air tepung jagung. Kacau rata sehingga pekat.

Thursday 8 November 2012

Sardin Masak Tomyam




Bahan-Bahan :
sumber : myresipi (Kak Fida)

1 tin sardin
2 biji bawang besar - dihiris bulat
4 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
1 tangkai cili merah besar
3 tangkai cili padi hijau
1 batang serai - dikerat dan dititik
2 helai daun limau purut
1 sb pes cili
1 kiub tomyam
1 sb lada hitam - ditumbuk
lobak merah - dihiris
1 biji buah tomato - dibelah 6
air - untuk kuah
minyak masak - untuk menumis
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara :
  1. Panas minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang hiris, serai, daum limau hingga wangi.
  2. Masukkan pula sos sardin, pes cili, kiub tomyam, lada hitam dan lobak merah. Kacau hingga lobak merah lembut.
  3. Kemudian masukkan ikan sardin, air, garam dan gula secukup rasa dan biarkan ianya mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan buah tomato. Gaul rata.

Monday 5 November 2012

Ikan Siakap kukus



IKAN SIAKAP KUKUS
Sumber : Myresipi (CMG)

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih)
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi *
1 1/2 camca besar limau kasturi *
1 1/2 camca teh gula *
1/2 camca teh garam *
5 - 10 biji cili padi, dihiris *
2 batang serai, dihiris halus *
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris *
1 helai daun limau purut, dihiris halus *
1/2 inci halia muda, dihiris halus *
2 ulas bawang putih, dihiris halus *
1/2 camca teh tepung jagung *
1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis *


Cara-caranya :
  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*') hingga sebati. Ketepikan
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangka dengan nasi panas.
  4. Seelok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

Friday 2 November 2012

Kek Pisang Gebu





KEK PISANG GEBU
Sumber : Jintanmanis

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan minyak masak - Eja guna minyak jagung
esen vanilla
2 biji telur
coklat urai - Eja tambah

Cara-cara :
  1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven
  2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung
  3. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan taburkan coklat urai. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selamat 40 minit atau sehingga masak
  4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba

Wednesday 31 October 2012

Ayam Masak Coca Cola


Selamat tengah hari semua. Hari ni Umi sediakan Ayam Masak Coca Cola buat anak-anak kesayangan Umi. Umi dapat resepi ni dari myResipi. Cara penyediaannya cukup mudah dan ringkas.

Bahan-bahan.

1 ekor ayam
10 ulas bawang putih
3 sudu kecil lada hitam
4 sudu kecil garam (rasa dulu, jika masin kurangkan)
1 botol Coca Cola (1.5 liter)


Cara-cara.
  1. Tumbuk bawang putih dengan lada hitam (sekadar pecah-pecah jer)
  2. Perap ayam dengan semua bahan-bahan (kecuali air Coca Cola) dibiar dalam 1 jam atau lebih. - Eja biarkan semalam dalam petiais.
  3. Masukkan ayam dalam kuali atau periuk, tuangkan Coke sehingga menutupi ayam.
  4. Masak lebih kurang satu jam atau sehingga daginga ayam lembut dan kuah pekat sedikit, api sederhana perlahan.
Pesanan.

** Ayam jangan dikacau terlalu kerap, takut nanti akan hancur.

Monday 29 October 2012

Kek Batik Bersantan

Kek Batik memang pilihan kami sekeluarga dan kali ni Eja ingin mencuba kelainan yang yang ada pada resepi ini. Resepi ini Eja dapat dari blog kak Yatie. Jom kita semak resepinya...


Kek Batik Bersantan (Loyang 9")

Bahan-bahan:
  • 500 gm biskut marie - patahkan 2
  • 250 gm mentega
  • 5 biji telor gred A - pukul sikit
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan milo
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuat :-
  1. Sapukan mentega di sekeliling loyang, ketepikan. Kalau alas plastik lagi mudah dikeluarkan dari Loyang.
  2. Masukkan mentega dalam kulai, masukkan gula dan bahan-bahan lain kecuali biskut marie
  3. Masak guna api sederhana sehingga sedikit pekat dan berkilat. Gunakan whisk untuk je untuk gaul supaya rata adunan.
  4. Setelah sebati, masukkan biskut tadi dan gaul rata. Tutup api.
  5. Kemudian cedukkan adunan ke dalam loyang tadi. Ratakan dan tekan padat dengan sudip atau penekan kek lapis.
  6. Biarkan sejuk sebentar dan bolehlah masukkan dalam petiais lebih kurang 1 - 2 jam. Bila nak makan bolehlah keluarkan dari petiais, biarkan sebentar dan bolehlah dipotong. Simpan selebihnya semula dalam petiais.