Bahan-bahan :
8 ketul paha ayam - Umi guna 1/2 ekor ayam
1/2 sudu teh serbuk kunyit - Umi guna 1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan minyak untuk menumis ayam - Umi guna lebih sebab Umi goreng ayam dulu
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 cm kayu manis
3 sudu makan pes tomato - Umi guna tomato puri
1/2 labu bawang besar, hiris 1/2 bulat - Umi guna 1 labu bawang besar
1 biji tomato - potong 8 bahagian
500ml santan daripada 1/2 biji kelapa
garam secukup rasa
Bahan Kisar :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
8 biji cili kering
Cara Membuatnya :
- Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak. Tumis bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar. Kacau rata.
- Tuang santan. Masak sambil dikacau sehingga mendidih
- Masukkan ayam, pes tomato dan garam. Kacau rata. Masak sehingga pekat
- Masukkan bawang besar dan tomato. Kacau sehingga layu.
No comments:
Post a Comment