Monday 17 December 2012

Kari Telur Rebus

Ini adalah entri tertunggak Umi. Umi olah dengan cara umi sendiri menggunakan resepi dari Cendanakasih



Bahan-Bahan
Telur (direbus dan dibuang kulitnya)
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 sb serbuk kari ayam
1 sb serbuk cili
1/2 cawan santan
3 cawan air
1 kiub pati ayam - Umi tambah
1 biji kentang - Umi tambah
2 biji cili hijau
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk :
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis buah pelaga, bunga lawang dan bahan tumbuk sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk cili. Kacau rata sehingga naik bau.
  3. Seterusnya, masukkan santan cair, air pati ayam dan kentang. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan telur, cili hijau, garam dan gula secukup rasa.
  5. Biarkan kesemua bahan sebati dan bolehlah ditutup apinya.

Tuesday 11 December 2012

Gulai Ayam Lemak

Rindu rasanya dengan dunia blog.. Tapi apakan daya banyak yang perlu dibuat pada hujung tahun ni. Untuk melepaskan rindu Umi selitkan juga menu hidangan untuk anak yang Umi buat sebelum pergi kerja pagi tadi. Menu ni Umi ambil dari majalah SEDAP Bil. 40 dan Umi olah mengikut selera Umi. Jom kita lihat resepinya.


Bahan-bahan :
8 ketul paha ayam - Umi guna 1/2 ekor ayam
1/2 sudu teh serbuk kunyit - Umi guna 1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan minyak untuk menumis ayam - Umi guna lebih sebab Umi goreng ayam dulu
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 cm kayu manis
3 sudu makan pes tomato - Umi guna tomato puri
1/2 labu bawang besar, hiris 1/2 bulat  - Umi guna 1 labu bawang besar
1 biji tomato - potong 8 bahagian
500ml santan daripada 1/2 biji kelapa
garam secukup rasa

Bahan Kisar :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
8 biji cili kering

Cara Membuatnya :
  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar. Kacau rata.
  3. Tuang santan. Masak sambil dikacau sehingga mendidih
  4. Masukkan ayam, pes tomato dan garam. Kacau rata. Masak sehingga pekat
  5. Masukkan bawang besar dan tomato. Kacau sehingga layu.

Tuesday 4 December 2012

Nasi Burung Puyuh

Pagi-pagi bangun terfikir apa nak masak untuk anak-anak makan tengahari nanti dengan menggunakan burung puyuh. Akhirnya setelah membelak-belak majalah SAJI Disember 2010 yang ada atas meja, ternampaklah nasi burung puyuh.... Bahan-bahan yang digunakan pun ada di dapur, Umi pun terus masak.... Umi masak dalam rice cooker terus, nak jimat masa. Gambar ni umi ambil sebelum pergi kerja...

Bahan-bahan :
4 ekor burung puyuh
5 cawan beras basmathi
5 cawan air
3 ulas bawang merah - dihiris halus
200 ml minyak jagung
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk garam

Bahan-bahan rempah
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Bahan-bahan rempah tumis :
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 buji buah pelaga

Cara penyediaannya :
  1. Basuh beras basmathi dan toskan
  2. Didihkan air dalam rice cooker.
  3. Sementara tu tumis bawang merah, bahan rempah dan bahan rempah tumis sehingga naik bau.
  4. Bila bahan tumis dah berbau, masukkannya bersama-sama serbuk kunyit dan garam ke dalam rice cooker dan biarkan mendidih.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan burung puyuh dan beras. Tanak sehingga masak.